
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima lawatan sambil belajar daripada Pengawas Pusat Sumber SK Seri Iman, Kemaman pada 9 Julai 2012. Rombongan lawatan terdiri daripada 38 orang murid dan 4 orang guru pengiring. Selain daripada memberi taklimat dan informasi mengenai perpustakaan , aktiviti lain yang diadakan untuk pelajar ini ialah persembahan boneka dan sesi teka-teki.




