
Program Jalinan Mesra di antara Warga Perpustakaan Desa PADHT dan Warga PNM Hulu Terengganu telah mula dibentuk pada bulan April tahun 2012. Pengisian utama bersempena lawatan berkala program ini adalah untuk memberi pendedahan dan perkongsian idea-idea di kalangan petugas Perpustakaan Desa bertujuan mempertingkatkan mutu perkhidmatan, mengadakan aktiviti bersepadu kepada pengunjung serta mewujudkan hubungan silaturrahim yang berterusan. Pada 4 Julai 2012 (Rabu) bertempat di PD Kampung Kua, Ajil Hulu Terengganu, aktiviti gotong royong bagi menceriakan PD telah dilaksanakan bersempena dengan lawatan tersebut.




