Berita & Peristiwa

DSC06376-2

Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Guntung selama dua hari iaitu pada 15 dan 16 Julai 2012. Dalam lawatan dua hari tersebut seramai 96 orang pelajar serta empat orang guru pengiring telah diberi taklimat dan penerangan berkaitan dengan sejarah Perpustakaan Awam Daerah Setiu (bangunan lama) hingga ke bangunan baru, fungsi setiap bahagian serta kaedah bagi menjadi ahli perpustakaan, peminjaman dan pemulangan buku.

DSC06402-24

Pejabat Kemas Daerah Setiu telah mengadakan satu karnival yang dinamakan Karnival Pemakanan Sihat 2012 pada 17 Julai yang lalu. Karnival ini telah berlangsung di Pekan Sri Langkap (Sungai Tong) dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Langkap. Dalam karnival ini Perpustakaan Desa Pekan Sri Langkap (Sungai Tong) telah dijemput bagi sama-sama memeriahkan mini karnival tersebut yang turut melibatkan beberapa jabatan dan pertubuhan masyarakat di sekitar DUN berkenaan. Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan antaranya pertandingan mengira bilangan naskah buku, pertandingan cucuk benang dalam jarum, mewarna dan pertandingan jigsaw puzzle. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Haji Mohd Jidin bin Shafee, Ahli Parlimen Setiu.

P7180206-2

Perpustakaan Desa Putera Jaya, Setiu telah menerima lawatan daripada Tadika Ummufalah Putera Jaya pada 18 Julai 2012 yang lalu. Lawatan ini merupakan yang pertama datangnya dari sebuah tadika swasta ke perpustakaan desa. Dalam lawatan ini seramai 15 orang pelajar dan dua orang guru pengiring telah hadir. Bagi mengisi masa lawatan berkenaan satu aktiviti telah diadakan iaitu aktiviti mewarna selain penerangan ringkas oleh petugas perpustakaan berkaitan dengan fungsi Perpustakaan Desa Putera Jaya.

DSC06461-45

Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menerima satu lagi lawatan daripada Tadika Kemas Bandar Permaisuri pada 19 Julai 2012. Lawatan tersebut adalah bertujuan bagi memberi pendedahan kepada adik-adik pelajar tentang fungsi sebuah Perpustakaan Awam Daerah terutama melibatkan aktiviti galakan membaca. Seramai 23 orang pelajar, dua orang guru pengiring dan dua orang pembantu turut serta dalam lawatan berkenaan.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO