Berita & Peristiwa

nilam1 copy

Pada 25hb Julai 2012 satu program NILAM telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Besut bersama S.M.K. Tengku Mahmud I (sekolah kluster), Besut. Selain itu, taklimat ringkas mengenai keahlian dan fungsi penubuhan Perpustakaaan Awam Terengganu, Daerah, Desa dan Bergerak telah diberikan kepada pelajar dan guru tersebut. Seramai 190 pelajar dan 3 orang guru pengiring telah menjadi ahli perpustakaan awam daerah besut. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Tuan Pengetua SMK Tengku Mahmud I.

 

ihya ramadan

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menganjurkan satu  program ceramah Ihya’  Ramadhan bersempena dengan pengisian ilmu dibulan Ramadhan al-Mubarak  pada 30 Julai 2012. Peserta program terdiri dari kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seramai 100 orang,  termasuk semua warga  perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu. Beberapa aktiviti telah diadakan bersempena program tersebut   iaitu ceramah agama, pameran  Ihya’ Ramadhan dan pendaftaran ahli perpustakaan. Seramai 43 orang peserta telah mendaftar menjadi ahli Perpustakaan. Penceramah program ialah Ustaz Mohd Ezri bin Abdul Rahman,  Penolong Pengarah Kanan Kafa Yayasan  Islam Terengganu.

SKK Jalur Gemilang

Sempena Program Pelancaran Kibar Jalur Gemilang, Perpustakaan Awam Pekan Kerteh telah berkerjasama dengan pihak Sekolah Rendah Kebangsaan Kerteh mengadakan beberapa aktiviti seperti pertandingan mewarna, teka muka surat buku, pendaftaran keahlian dan pinjaman buku pada 29 Julai 2012 (Ahad). Seramai 120 orang murid telah mendaftar sebagai ahli dan sebanyak 130 naskah telah dipinjam semasa program ini dijalankan.

Senyum sokmo Rosli

Encik Rosli bin Mohd Noor, Juruteknik dari Unit Selenggara, Bahagian Khidmat Pengurusan telah mendapat Anugerah Pekerja Terbaik dan "Senyum Sokmo" bagi sukutahun ke-2 tahun 2012. Hadiah dan sijil disampaikan oleh Puan Pengarah dalam satu majlis yang diadakan pada 2 Ogos 2012.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO