Berita & Peristiwa

program tahsin al quran copy

Pejabat Agama Daerah Hulu Terengganu dengan Kerjasama Perpustakaan Desa Kampung Nasi Dingin dan Jawatankuasa Kelas Meningkat Mutu Tilawah Daerah telah mengadakan Kursus Tahsin Al-Quran Peringkat Daerah pada 20 Disember 2012. Program ini adalah untuk memberi  galakan dan mencungkil bakat generasi muda terutama dalam bidang Quran berupa Tilawah, Hafazan dan Azan. Peserta kursus terdiri daripada penduduk kampung sekitar Daerah Hulu Terengganu. Peserta yang berjaya akan mara ke peringkat Negeri manakala hadiah saguhati penyertaan peserta telah dilakukan oleh Y.M.Syed Nazmi bin Tuan Taufiq selaku Pegawai Agama Daerah Hulu Terengganu.

 

Hari Terbuka PD Kua copy

Perpustakaan Desa Kampung Kua telah mengadakan Hari Terbuka Perpustakaan  pada 24 Disember 2012 (Isnin). Pelbagai aktiviti yang diadakan pada hari tersebut, yang di antaranya ialah Mari Membaca, Permainan Dalaman, Kuiz Perpustakaan, dan Kraft Origami. Seramai 45 orang pengunjung yang terdiri dari surirumah, ibubapa, remaja dan kanak-kanak telah menyertai Hari Terbuka tersebut. Penyampaian hadiah bagi peminjang terbanyak dan ahli aktif telah dilakukan oleh Penolong Pegawai Perpustakaan Daerah Hulu Terengganu bersama Setiausaha JKKK Kampung Kua.

 

PTTI copy

Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu bersama Pusat Tuisyen Teduhan Iman (PTTI) telah mengadakan satu Majlis Anugerah Kecemerlangan pelajar  pada 27 Disember 2012. Majlis ini bertujuan meraikan kejayaan pelajar-pelajar PTTI yang merupakan “anak angkat” PADHT bermula tahun 2010 yang telah menduduki peperiksaan UPSR dan PMR bagi tahun 2012. Seramai 200 orang pelajar termasuk ibubapa telah membuat kunjungan dan menghadiri majlis tersebut.Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan diantaranya, Pendaftran ahli perpustakaan, Permainan dam ular gergasi,Teka muka surat buku, Debat Sains, Pertunjukan tarian gangnam stlye tahap 1, Nasyid, Sketsa Bahasa Inggeris, Spell-it-right, nyanyian sifir, Pidato dan Berbalas Pantun. Majlis perasmian telah dilakukan oleh Encik Khasperi bin Muda selaku Ketua Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu.

 

FOTO

Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu dengan kerjasama Kelab Explorasi Kuala Terengganu telah mengadakan Bengkel Asas Fotografi untuk pelajar-pelajar Sekolah Menengah dan keatas. Ia telah diadakan pada 23 Disember 2012 di Bilik Seminar PPAT. Bengkel sehari ini telah dihadiri seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada remaja dan dewasa. Bengkel ini telah memberi pendedahan kepada peserta-peserta mengenai cara penggunaan kamera dan teknik-teknik asas-asas fotografi.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO