Berita & Peristiwa

UNDANG

Satu program antara para pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) bersama PD Undang telah diadakan pada 1 Disember 2012, beberapa aktiviti telah dijalankan seperti pertandingan mewarna, pertandingan dam ular gergasi, dan teka muka surat buku. Program ini berjaya menarik peserta yang terdiri daripada golongan kanak-kanak, remaja dan dewasa.

 

 

KEMAS

Program Galakan Membaca Pusat Sumber Kemas Parlimen Marang bersama Perpustakaan Awam Daerah Marang telah diadakan pada 6 Disember 2012. Pelbagai aktiviti bersama telah diadakan seperti pertandingan mewarna kanak-kanak tadika & tahap 1, pertandingan Bercerita kanak-kanak tahap 2, pertandingan tulisan khat dewasa, pertandingan sajak dewasa dan 'explore race' keluarga. Majlis penutup program telah disempurnakan oleh pegawai KEMAS Daerah Marang, Haji YUsof Bin Norbit.

 

jkm2

Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Setiu dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan satu program yang dinamakan 'I Love Myself' atau dalam bahasa Melayunya Sayangi Diri Sendiri pada 11 Disember 2012 yang lalu. Seramai 50 orang peserta telah menyertai program ini. Program ini terdiri daripada pelajar dalam lingkungan umur 10 hingga 15 tahun. Antara objektif penganjuran program ini adalah, bagi memberi pendedahan kepada para remaja tentang cabaran-cabaran semasa terutamanya berkaitan dengan gejala sosial remaja masa kini.

 

dam ular

Pada 12 Disember 2012 (Rabu), Pertandingan Dam Ular Gergasi telah diadakan di Perpustakaan Desa Chendering bagi menarik minat kanak-kanak dan penduduk setempat untuk mengunjungi perpustakaan. Seramai 32 orang kanak-kanak dan dewasa telah menyertai pertandingan tersebut.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO