
Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah menganjurkan satu Pertandingan Ejaan Pantas & Tepat pada 20 Oktober 2012 yang lalu. Pertandingan ini diadakan sempena menyambut Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) 2012. Pertandingan ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu bagi Kanak-kanak Tadika dan Tahap 1. Seramai 18 orang pelajar telah menyertai pertandingan ini.




