
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan bengkel 'Story Telling' separuh hari untuk kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Dan Pekan Kerteh termasuk petugas perpustakaan desa pada 3 Oktober 2012 bertempat di Bilik Aktiviti Sudut Pak Belang . Bengkel ini telah dikendalikan oleh seorang sukarela (guru penutur jati di bawah kelolaan Jabatan Pelajaran Malaysia) iaitu Barbara Ann Sunny Kurti yang bertugas sebagai mentor kepada guru bahasa di SK Felda Neram 1, SK Air Putih dan SK Cerul, Kemaman. Pelbagai kaedah dan teknik bercerita telah diajar berpandukan kepada buku-buku yang terdapat di perpustakaan.




