Berita & Peristiwa

pd guntong luar

Bagi meraikan semangat cintakan bahasa kebangsaan, satu Pertandingan Mewarna Logo Bulan Kebangsaan telah diadakan di Perpustakaan Desa Kampung Guntong Luar, Setiu pada 21 Oktober. Program ini adalah anjuran bersama Perpustakaan Awam Daerah Setiu dan Perpustakaan Desa Kampung Guntong Luar. Pertandingan ini telah melibatkan pelajar tadika daripada Tadika Kemas Kampung Guntong Luar seramai 15 orang. Okjektif utama diadakan pertandingan ini adalah bagi memupuk kanak-kanak agar sentiasa memartabatkan bahasa kebangsaan.

pageBCERITASUNNY201012

Pada 20 Oktober 2012 (Sabtu) Perpustakaan Awam Daerah Kemaman sekali lagi mengadakan sesi bercerita untuk kanak-kanak yang dikendalikan oleh Barbara Ann Sunny Kutti (guru sukarela dari program penutur jati kelolaan JPM). Seramai 42 orang kanak-kanak berumur 5-11 tahun telah menyertai sesi bercerita tersebut. Cerita disampaikan dalam bahasa Inggeris berpandukan  koleksi buku-buku yang terdapat di dalam perpustakaan.

jawi

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dengan usahasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah mengadakan Karnival Semarak Jawi Kebangsaan 2012 pada 18-20 Oktober 2012 (Khamis – Sabtu) di Pusat Dagangan Terengganu (Terengganu Trade Centre), Terengganu. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah diadakan sepanjang karnival ini berlangsung antaranya ialah Pertandingan Mewarna Jawi, Pertandingan Membaca Naskhah Jawi Lama, Pertandingan Khat Jawi, Cinta Jawi Bersama Ustaz Syed Tuan Mohd Norhisham Tuan Padang dan lain-lain. Karnival ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah PNM, Dato’ Raslin Abu Bakar dan turut dihadiri oleh Pengarah Audit Dalam Pejabat Setiausaha Kerajaan, Haji Wan Mohd Zaki Wan Abdullah, Pengarah Radio Jabatan Penyiaran Malaysia, Haji Mohamad Mat Yasin dan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Hajah Nor Akmal Abdul Fatah. Karnival ini  berkonsepkan informasi dan santai dengan harapan menjadi satu titik anjakan terutamanya kepada golongan muda untuk memartabatkan kembali tulisan jawi sebagai warisan tamadun bangsa Melayu.

ppkisaujana

Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan satu pertandingan sukaneka bersama dengan pelajar-pelajar pusat pendidikan khas daripada Sekolah Kebangsaan Saujana pada 24 Oktober. Pertandingan ini dianjurkan sempena lawatan sekolah berkenaan ke perpustakaan yang mana seramai 34 orang murid dan lapan orang guru pengiring telah hadir. Antara objektif diadakan pertandingan ini adalah bagi merapatkan lagi hubungan di antara pelajar, guru dan kakitangan perpustakaan.

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO