
Perpustakaan Awam Daerah Marang dan Perpustakaan Desa Merchang dengan kerjasama JKKK Kampung Merchang dan juga AADK Daerah Marang telah mengadakan Program Galakan Membaca Jom Lepak @ Pustaka" di Perpustakaan Desa Merchang. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti pertandingan menyusun jigsaw puzzle, mewarna keluarga, memancing huruf, musang berjanggut, dam ular gergasi, gubahan, teka muka surat buku dan juga cabutan bertuah. Majlis peyampaian hadiah pemenang telah disempurnakan oleh Ahli Majlis Daerah Marang, Encik Anuar Bin Mohd Nor dan juga JKKK Kampung Merchang, Encik Alias Bin Idris. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai AADK Daerah Marang, Encik Wan Zulkafli Wan Ahmad.




