Pada 1 November yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan aktiviti atau eksplorasi bersama dengan pelajar-pelajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana. Seramai 32 orang pelajar telah menyertai eksplorasi ini dan dipecahkan kepada empat kumpulan kecil. Antara segmen yang diadakan adalah segmen pesanan berantai, segmen mencipta logo kumpulan dan segmen meneka simpulan bahasa berdasarkan aksi yang dipersembahkan oleh ahli kumpulan masing-masing.
Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima lawatan daripada pelajar Pendidikan Khas (4U2C) Daerah Kemaman pada 31 Oktober 2012. Seramai 51 orang pelajar dan 20 orang guru telah menyertai lawatan ini. Pelbagai aktiviti diadakan untuk pelajar-pelajar tersebut diantaranya Persembahan Boneka, Sesi Kraftangan dan teka-teki.
Pertandingan akhir bagi Majlis Ahli Parlimen bersama masyarakat sempena sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Setiu pada 6 November 2012. Program ini merupakan anjuran Majlis Daerah Setiu selaku jawatankuasa induk bersama Perpustakaan Awam Daerah Setiu dan Pejabat Pelajaran Daerah Setiu. Antara pertandingan yang dijalankan adalah pertandingan melukis dan mewarna poster, pertandingan 'puzzle' dan pertandingan mewarna. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Rosli bin Jusoh iaitu Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Setiu yang mewakili Y.B. Dato' Mohd Jidin bin Shafee (Ahli Parlimen Setiu).
Tahniah ,seramai 15 orang kakitangan Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) PPAT 2011, pada majlis yang diadakan di Dewan Serbaguna PPAT, pada 8 November 2012. Sebagai menghargai prestasi cemerlang yang telah ditunjukkan, setiap seorang daripada mereka menerima wang tunai RM1000, sijil serta cenderamata khas dari PPAT. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Setiausaha Kerajaan Terengganu, Y.B. Dato’ Haji Mazlan Ngah kepada penerima anugerah yang dinilai berdasarkan prestasi kerja sepanjang tahun 2011 yang lalu.Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah PPAT, Hajah Nor Akmal Abdul Fatah, ahli PPAT serta seluruh kakitangan PPAT dari negeri Terengganu.