Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah menerima lawatan pelajar Pendidikan Khas Daerah Kemaman (4U2C ) iaitu gabungan pelajar daripada SMK Cheneh, SMK Seri Bandi dan SMK Badrul Alam Shah pada 27 Jun 2012. Seramai 70 pelajar dan 10 orang guru pengiring telah menyertai lawatan ini. Pelbagai aktiviti diadakan untuk pelajar ini di antaranya Persembahan Boneka, nyanyian , sesi kraftangan dan teka-teki.
Pada 30 Jun 2012 yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah menganjurkan demonstrasi membuat kek cawan atau cup cake. Demonstrasi ini telah dikendalikan oleh Cik Asiah bt Abdullah, lulusan Ijazah Sarjana Muda Hotel dan Restoran dari Kuala Lumpur Metropolitan University. Seramai 30 orang peserta telah menyertai demonstrasi ini.
PPAT telah mengadakan 'Mobile Registration' di SMK Jeram pada 27 Jun 2012 sempena Karnival Ko-kurikulum sekolah tersebut. Seramai 163 ahli dewasa dan 7 orang ahli kanak-kanak telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan pada hari tersebut.
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan aktiviti galak guna perpustakaan bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Matang, bersempena dengan Hari Koperasi Sekolah tersebut pada 27 Jun 2012. Sebilangan pelajar telah menyertai pelbagai permainan seperti karon, catur, sahibba serta dam ular gergasi yang dibawa khas diatas permintaan pihak sekolah. Permainan yang diadakan secara berkumpulan tersebut telah dibantu oleh warga PADHT dan PD PNM. Selain itu, kaunter pendaftaran ahli bagi Perpustakaan Desa Kampung Matang turut disediakan dan seramai 66 orang guru dan pelajar telah mendaftar menjadi ahli dan membuat pinjaman buku pada hari tersebut.