
Sempena kedatangan Syawal tidak lama lagi, Perpustakaan Awam Daerah Kemaman telah mengadakan demonstrasi Jom Deko Biskut Raya pada 15 Julai 2012 untuk golongan dewasa (surirumah) bertempat di lobi perpustakaan. Program ini bertujuan untuk memberi panduan kepada para peserta cara membuat sendiri biskut raya dengan mudah dan menjimatkan berpandukan kepada koleksi buku yang terdapat di perpustakaan. Seramai 35 orang peserta telah menyertai program tersebut yang mana telah dikendalikan oleh seorang tenaga pengajar yang berpengalaman.




