
Perpustakaan Awam Daerah Hulu Terengganu telah menyertai Majlis Sambutan Satu Dekad Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Telemong pada 27 Jun 2012. PADHT telah mengadakan pameran perkhidmatan perpustakaan, pameran bas Perpustakaan Bergerak, kaunter pendaftaran ahli serta pinjaman buku-buku yang dipamerkan. Pelbagai agensi kerajaan dan swasta telah turut menyertai sambutan bersempena dengan sambutan ulang tahun sekolah tersebut.. Majlis Perasmian Satu Dekad SMK Kuala Telemong telah disempurnakan oleh Yang Dipertua DUN, Y.B.M. Dato’ Tengku Putera bin Tengku Awang diiringi Pengetua SMKKT To’ Puan Hajah Rahmah binti Ahmad.




