
Tanggal 31 Julai 2012 yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Setiu sekali lagi menerima lawatan sambil belajar daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Guntong. Lawatan siri ketiga ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang perkhidmatan yang terdapat di Perpustakaan Awam Daerah Setiu. Lawatan ini telah disertai seramai 50 orang pelajar dan tiga orang guru pengiring. Selain daripada taklimat tentang perpustakaan, Perpustakaan Awam Daerah Setiu turut mengambil kesempatan untuk mengadakan satu perlawanan congkak antara kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan.




