
Tanggal 6 September 2012 bersamaan dengan 19 Syawal 1433H yang lalu, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri bertempat di dewan bangunan perpustakaan. Sambutan pada kali ini begitu mengalakkan dengan kehadiran pegawai-pegawai Perpustakaan Awam Negeri Terengganu, ketua-ketua jabatan, wakil-wakil jabatan dan seluruh masyarakat di Daerah Setiu. Sambutan ini juga, julung kali diadakan di bangunan baharu Perpustakaan Awam Daerah Setiu.




