
Perpustakaan Desa Kampung Air Putih, Kemaman telah mengadakan Karnival Sambutan Hari Kemerdekaan Yang Ke 55 Tahun 2012 pada 13 September 2012 jam 9.00 pagi - 3.30 petang. Pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan ini diantaranya Pertandingan Mewarna Pra Sekolah dan Pelajar Tahap 1, Pertandingan Menyusun Jigsaw Puzzle untuk kanak-kanak orang asli Sungai Pergam, Pertandingan Dam Ular Gergasi untuk pelatih Pusat Dalam Komuniti Kampung Air Putih, Pertandingan Meneka mukasurat buku, Pertandingan Meniup belon tanpa pecah kategori dewasa, demonstrasi Masakan Nasi Arab oleh penulis buku resepi Chef Hanieliza, gerai jualan buku dan makanan segera daripada Syarikat A&W Kemaman. Seramai 440 orang pengunjung dan seramai 290 orang ahli baru telah mendaftar sebagai ahli perpustakaan. Hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh Tuan Haji Yaakob bin Mat Ali , Timbalan Pengerusi JKKK Kampung Air Putih, Kemaman.