Fakulti Sains Komputer Uitm Terengganu dengan kerjasama PAD Dungun dan KEMAS Daerah Dungun telah menganjurkan Program Sehari Rakan Pustaka pada 15 September 2012 bertempat di PAD Dungun. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang program tersebut berlangsung antaranya Pertandingan Mewarna, Pertandingan Bercerita, Dam Ular Gergasi, Bengkel 'Grooming', Kaunseling Remaja dan juga Diskusi Keibubapaan. Beberapa agensi kerajaan turut mengadakan pameran sempena program tersebut antaranya Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) telah dipertanggungjawab oleh Kerajaan Negeri sebagai urusetia Jawatankuasa Kecil Acara-acara sambutan dan Seranta Bulan Kemerdekaan ke 55 tahun 2012 bagi mengadakan pelbagai aktiviti . Antara-antara aktiviti yang dianjurkan ialah Karnival Kemerdekaan sempena Bulan Kemerdekaan yang diadakan di perkarangan Perpustakaan Awam Negeri dengan penyertaan dari agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan antaranya Mini Studio Terengganu FM, Jabatan Penerangan Negeri,Muzium Negeri , Jabatan Pelajaran Negeri, Yayasan Islam Terengganu dan beberapa agensi lain. Karnival yang berlangsung mulai 13 hingga 15 September 2012 telah diserikan lagi dengan 10 pertandingan antaranya ialah Kuiz Merdeka Raya, Pertandingan Dam Ular Gergasi , Melukis Poster 1Malaysia, menulis esei , lagu patriotik, Klip Video Semarak Kemerdekaan dan sebagainya. Karnival berakhir pada 15 September dengan Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah kepada pemenang-pemenang yang disempurnakan oleh Puan Hajah Nor Akmal binti Abdul Fatah ,Pengarah PPAT yang mewakili Yang Berhormat Haji Ashaari bin Idris Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Asas Tani Negeri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kecil Acara-acara Sambutan dan Seranta Bulan Kemerdekaan ke 55.
Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 telah diadakan pada 9 September 2012 di Perpustakaan Awam Pekan Kerteh dengan kehadiran tetamu dari kakitangan jabatan kerajaan dan swasta serta dimeriahkan lagi dengan kedatangan Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan. Dengan adanya majlis seperti ini dapat menjalinkan tali persaudaraan antara kakitangan Perpustakaan dan kakitangan Agensi-agensi lain.
Pada 12 September 2012, bersamaan 25 Syawal 1433H yang lalu, Perpustakaan Awam Pekan Jerteh telah mengadakan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2012 bermula pukul 10.00 pg - 2.00 ptg. Majlis ini juga diserikan lagi dengan kehadiran Ketua Bahagian Rangkaian Perpustakaan, Cik Aminah bt. Ali, Pegawai dan kakitangan PPAT serta Kakitangan Perpustakaan Desa ( Negeri dan PNM) . Pelbagai juadah menarik disediakan, antaranya ialah nasi minyak, nasi kerabu, bihun, ketupat, kuih muih dan sebagainya. Sambutan yang diterima amat menggalakkan.