
Perpustakaan Desa Kampung Bukit Diman Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan pelbagai aktiviti perpustakaan bersempena dengan Hari Terbuka Pusat Internet 1 Malaysia. Program bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia serta Digi telah di adakan pada 29 September 2012. Diantara aktiviti yang telah di adakan ialah Internet Online, Permainan Rockband, Teka Muka Surat Buku, Tajam Minda, Kuiz Jejak Maklumat, Bengkel Whatsapp dan Emel, Gubahan Sireh Junjung, Dam Ular Gergasi, Gubahan Tuala, Origami dan Mewarna Kanak-kanak. Perasmian tersebut telah dilakukan oleh Y.B. Dato' Hj. Rosol bin Wahid, Selaku ADUN Kawasan Ajil.




