Berita & Peristiwa

Program Ceramah Bujet Kasih Sayang 2013 telah diadakan di Perpustakaan Awam Daerah Kemaman pada 13 Disember 2012 (Khamis ) . Program anjuran   Pejabat Penerangan Daerah Kemaman  dengan kerjasama Perpustakaan Awam Daerah Kemaman ini telah dihadiri seramai 78 orang peserta terdiri daripada kakitangan  kerajaan /swasta dan NGO  sekitar daerah Kemaman. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan secara terperinci mengenai bujet 2013 yang telah dibentangkan oleh YAB Dato' Sri  Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini.

 

 

serahpc

Bertempat di Perpustakaan Awam Daerah Setiu pada 18 Disember 2012, Yang Berhormat Haji Abd. Halim bin Jusoh telah sudi menyampaikan dua set komputer kepada Perpustakaan Desa Putera Jaya. Majlis yang berlangsung secara sederhana ini juga disaksikan oleh kakitangan Perpustakaan Awam Daerah Setiu. Turut serta bersama dalam majlis ini adalah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Putera Jaya iaitu Encik Sulaiman bin Muda. Yang Berhormat juga beramah mesra dengan pengunjung yang hadir pada hari berkenaan.

 

gubahan

Pada cuti musim persekolahan ini, Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengadakan satu hari yang dinamakan Hari Terbuka Perpustakaan Awam Daerah Setiu. Program yang berlangsung ini telah diadakan pada 18 Disember 2012. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan antaranya Pertandingan Gubahan Bunga, Pameran Kesihatan dan Pemeriksaan Kesihatan daripada Pejabat Kesihatan Daerah Setiu. Seramai 200 orang pengunjung telah hadir pada hari berkenaan. Yang Berhormat Haji Abd. Halim bin Jusoh telah sudi menyampai hadiah kepada pemenang Pertandingan Gubahan Buku.

 

bomba

Perpustakaan Awam Daerah Setiu telah mengundang Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Setiu bagi memberi penerangan dan teknik-teknik bagi penggunaan alat pemadam api. Program ini telah diadakan pada 20 Disember 2012. Program yang berlangsung ini juga turut menjemput jabatan kerajaan dan agensi di sekitar Bandar Permaisuri, Setiu. Antara objektif program ini diadakan adalah bagi memberi pendedahan kepada kakitangan bagaimana penggunaan alat pemadam api dengan cara yang betul.

 

  Gov Malaysia Kerajaan Terengganu msc Mampu arkib negara dewanbahasa Perpustakaan Negara Malaysia Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang Perbadanan Perpustakaan Awam Perak Perbadanan Perpustakaan Awam Kuala Lumpur Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka Perbadanan Perpustakaan Awam Johor Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang Perbadanan Perpustakaan Awam Kelantan Perbadanan Perpustakaan Awam Sarawak Perpustakaan Negeri Sabah logo-ifla  
CIO